"Alamak, macam mana kalau tiba2 ada orang jual barang datang rumah? Macam mana kalau ada pencuri datang? Macam mana itu, macam mana ini? Apa nak buat?"
Ini semua gara2 sejak kecil telah terdoktrin bahawa jika kita berseorangan tanpa ibu bapa, macam2 perkara tak elok boleh berlaku. Diri yang positif tiba2 boleh menjadi takut tak tentu pasal memikirkan perkara2 negatif. Inilah realiti masyarakat yang terlalu dimomokkan dengan perkara2 yang tidak tentu wujudnya, menyebabkan momokan itu menjadikan diri mereka pesimis.
Namun bagaimana pula jika takut itu disandarkan kepada Sang Pencipta, Allah swt.? Jika kita boleh takut dengan makhluk ciptaan Allah, takut pencuri, takut hantu dan sebagainya, tak salah untuk kita takut kepada Allah swt. Bahkan memang sepatutnya kita takutkan Allah lebih dari segala-galanya kerana Dia yang Maha Berkuasa dan Maha Hebat. Apa sahaja mampu Dia lakukan kepada kita makhluknya dengan hanya berkata "kun", maka jadilah perkara itu.
Apa yang cuba untuk disampaikan ialah, kita cuba untuk fahami maksud sebenar takut kepada Allah. Kalau kita takut dengan hantu atau suasana gelap, kita akan cuba sebaik mungkin untuk banyakkan berzikir dan berdoa, hindari jalan gelap dan sebagainya. Bagaimana pula kalau takutkan Allah? Sama juga apa yang perlu kita amalkan cuma praktikalitinya memerlukan kepada kefahaman yang kukuh, bukannya takut secara membabi buta.
Sekarang mari kita fahami maksud "TAQWA". Kalimah "taqwa" asal maknanya adalah mengambil tindakan penjagaan dan pemeliharaan diri dari sesuatu yang mengganggu dan memudaratkan. Rasa-rasa sama tak dengan maksud "TAKUT"? Takut pula merupakan suatu perasaan yang membuatkan kita berasa risau dan berhati-hati dalam melakukan sesuatu perkara. Kita cuba pandang "takut" itu dari sudut yang positif. Jika kita takut pada Allah, jangan jauhi Allah. Sebaliknya, kita dekati dan dekati Dia. Berbeza dengan hantu atau gelap, kita takut dan kita jauhi ia. Itu takut yang negatif. Indahnya takutkan Allah ini membuahkan akhlak yang baik. Kerana apabila kita takutkan Allah, kita akan sentiasa berusaha untuk menjaga hubungan dengan-Nya sebaik mungkin. Kita berusaha untuk menjaga dan memelihara diri dari seksa dan murka Allah Taala dengan cara melaksanakan perintah2-Nya, taat kepada-Nya dan menjauhi larangan2-Nya serta perbuatan maksiat.
Rasulullah saw. juga pernah menjelaskan hakikat taqwa dengan sabdanya yang bermaksud:
"Mentaati Allah dan tidak mengingkari perintah-Nya, sentiasa mengingati Allah dan tidak melupainya, bersyukur kepada-Nya dan tidak mengkufuri nikmat-Nya".
( Riwayat Imam Bukhari dari Abdullah bin Abbas rha. )
Saidina Umar r.a. pernah bertanya kepada seorang sahabat yang lain bernama Ubai bin Ka'ab r.a. berkaitan makna taqwa. Lalu Ubai bertanya kepada Umar : "Adakah engkau pernah melalui satu jalan yang berduri? Jawab Umar: "Ya". Tanya Ubai lagi: "Apakah yang kamu lakukan untuk melalui jalan tersebut?".Jawab Umar : "Aku melangkah dengan penuh waspada dan berhati-hati". Balas Ubai : "Itulah yang dikatakan taqwa".
Cuma satu sahaja perbezaan taqwa dan takut iaitu tempoh masa. Takut itu datang untuk suatu tempoh yang bersifat sementara dan sekejap. Kesannya juga pendek dan lemah. Manakala taqwa pula datang untuk suatu tempoh yang lama dan berpanjangan. Usaha untuk mengekalkan kesan taqwa ini takkan pernah putus dan padam kerana selagi mana roh kita berada dalam jasad kita, selagi itu kita perlu untuk terus berhati-hati dengan setiap tindak tanduk kita sebagai hamba Allah.
Kita hendaklah sentiasa berhati2 dalam setiap perkara yang kita lakukan, baik percakapan sehari2an, pandangan, pendengaran mahupun pemikiran. Jaga mulut kita dari mengumpat dan menfitnah, mata kita dari melihat aurat orang lain, telinga kita dari mendengar perkara yang tidak elok. Kadangkala mungkin mudah untuk kita jaga pandangan kita dari melihat perkara yang tidak elok tapi susah untuk kita tidak berfikir yang tidak elok. Dalam kata lainnya, susah untuk kita menjaga hati kita daripada penyakit2 hati seperti riak, takbur, sum'ah dan lain2. Fikiran yang tidak elok ini sebagai contoh, sangkaan kita tentang sesuatu perkara.
Lihat sahaja orang di hadapan kita berpakaian tidak kemas, mulalah fikiran kita memikirkan yang bukan2 tentang orang itu. Selekeh lah, tak mandi lah dan sebagainya. Lihat sahaja kereta orang lain mewah, fikiran kita mula berfikir, membazir lah, baik beli kereta yang murah, enjin kereta tu tak bagus dan sebagainya. Buat sahaja perkara yang baik, hati kita mula untuk mengharapkan pujian, pandangan orang dan sebagainya. Hal-hal ini mungkin kecil pada kita tapi sebenarnya merupakan antara penyumbang terbesar kemurkaan Allah. Pada saat-saat inilah ketaqwaan kita kepada Allah teruji. Jika benar kita bertaqwa, fikiran dan hati kita perlu sentiasa alert dengan apa yang kita fikirkan supaya tidak mengundang kemarahan Allah.
sumber: artikel iluvislam.com
A.H.A
Oleh itu, ayuh kita cuba untuk mendidik diri kita supaya sentiasa berhati2 dengan setiap apa yang kita lakukan. Tanamkan rasa takut yang positif hanya kepada Allah. Dekatilah Dia dalam setiap pemikiran kita terutama doa dan doa yang terbaik ialah solat kerana saat kita berdoa itu ialah saat kita berdua-duaan dengan-Nya.
No comments:
Post a Comment