Tuesday, April 23, 2013

Gwiyomi: Boleh ke Tak Boleh?

Pertama kali tengok gwiyomi di FB:
"Bole tahan kiut pompuan ni" (sambil tersenyum rasa kagum)

Ke-2, ke-3 tengok:"hmmm..." :|

Makin lama makin ramai post:"amboi,makin ramai plak nak ikut n post kat FB!" (sambil tnjuk muka menyampah)




Yup,ia memang nampak seperti hanyalah trend di youtube,tapi sedarilah sahabat2,setiap perbuatan kita dinilai dan dicatat oleh malaikat yang berada tak jauh dari kita dan tak pernah meninggalkan kita iaitu malaikat Raqib dan Atid..kalau pun tak malu utk buat gwiyomi depan kamera kemudian post di FB,harapnya tolonglah malu dengan kamera Allah sebab kamera inilah yang akan menayangkan gwiyomi kita tu di akhirat.
Mula2 rasa taknak ambil tahu langsung pasal gwiyomi ni since it's just a trend,tapi bila makin ramai kaum hawa yakni kaum sendiri yang post termasuklah yang properly covering the aurah,rasa sangat tak selesa dan perlu juga ambil tahu dan memberi tahu~



"Kenapa tak boleh? Biarlah mereka nak buat ape pun, tu hal mereka"
"Dah memang dowang comel2,takpe lah dowang nk buat gwiyomi tu semua"

Ya, takpe lah kan sebab mereka yang buat tu comel, tapi tahukah anda, dengan sebab kecomelan itulah sebenarnya bisa mengundang masalah kepada golongan-golongan tertentu?

Masalah 1: Kepada golongan berbeza jantina
Tatkala golongan ini menonton video pengikut gwiyomi, hati golongan ini akan mula berputik rasa minat dan tertarik. "perghh, comel lah minah gwiyomi ni. kalau jadi awek aku, best gak ni".. takpun bagi yang alim sedikit, "comelnya perempuan ni.subhanallah". walau alim mana pun anda, hati anda akan tetap tertarik kerana itu fitrah manusia. jadi, tanpa disedari, penyakit hati pun mula hinggap pada hati2 yang melihat.hmmm 

Masalah 2: Kepada golongan sama jantina
Tatkala golongan ini menonton video pengikut gwiyomi, hati golongan ini akan mula berputik rasa kagum atau sebaliknya cemburu. "wahhh, omelnyeeee pompuan ni! nak jadi macam dia lah, pencuci muka ape dia pakai eh?.", "nak buat video macam ni jugak lah biar orang tengok, tak pun nak bagi dedikasi khas untuk BF aku".. tak kurang jugak ade yang cemburu, "alaa,muka comel takpe lah.cuba muka macam kita ni", "muka cantik macam tu entah2 buat pembedahan plastik"..haaaa!!! pulak dah. tak pasal2 dah menyebabkan orang lain rasa tak bersyukur dengan pemberian Allah dan menebar fitnah tak tentu pasal.

Masalah 3: Kepada golongan pengikut gwiyomi
Yang ni masalah paling besar tapi mungkin tak diketahui atau tahu, tapi dibuat2 tak tahu oleh si pengikut gwiyomi. Masalah ni berkaitan macam mana Allah pandang kita..marah,murka? mungkin kebanyakan pengikut trend ini taktahu tapi ramai juga yang tahu, aku yakin. jadi, bagi yang tahu dan sedar, jika sayangkan kawan-kawan anda, sila bagitahu kawan-kawan anda supaya kita semua sama-sama dapat menghindarkan kemurkaan Allah. trending gwiyomi atau apa-apa saja di Youtube memang tampak menarik untuk diikuti tetapi ingatlah yang Allah juga punya kamera-Nya tersendiri. siapa tahu mungkin video gwiyomi kita tu bakal jadi trending di Padang Mahsyar nanti. nauzubillahiminzalik  

A.H.A

tertarik dengan video ni: http://www.youtube.com/watch?v=7sHg5Xl4KIw
--> gwiyomi di"parody"kan dan yang paling menarik, muka si pembuat tidak ditunjukkan =)

Tak perlulah gwiyomi sangat wahai umat Islam sekalian.tak perlu terikut2 dengan trend orang bukan Islam di luar sana.Islam sendiri dah ade trend sendiri iaitu trend Rasulullah dalam kehidupan seharian.ikut trend ni lebih baik dari trend yang tak berfaedah tu..takutilah Allah dlm setiap hal..ayuh berubah dan mengubah! Inikalilah!