Sunday, July 21, 2013

Bila Makhluk Itu Mengganggu...

Akhirnya dapat juga kusentuh laptop dan buku log setelah beberapa cubaan gagal sebelum ini.

Namun, dalam keserabutan fikiran memikirkan tentang SIT report, tiba2 aku didatangi satu makhluk halus. Perlahan2 ia merapati aku. Aku tergamam. Hanya mampu terpaku melihat ia datang. Puas aku berdoa dan berzikir supaya ia pergi namun ia tetap datang menghampiri. Semakin dekat ia, semakin kuat pula daya tarikannya terhadapku. Daya tarikannya itu membuatkan aku semakin tak berdaya. Pen, pembaris, pemadam, laptop, buku dan segala macam perkakas tulis yg ada di sisi tak kuendahkan kerana aku tak terdaya melawan daya tarikan yg ada pada makhlus halus ni. Lantas, ia pun terus merasuk diriku tanpa aku sedari membuatkan aku terpukau dengan kuasanya. Makhluk yg dikenali sebagai MALAS ini akhirnya berjaya menguasai aku dan membuatkan aku tertidur petang...huhu..The End.

A.H.A

Ya Allah, permudahkanlah urusan internship aku dan sahabat2ku yg lain..amin~