Friday, January 25, 2013

Perlu ke blogging ni???

         Teringat pada kata2 seorang ulama' tersohor yg pernah aku jumpa suatu ketika dahulu. Katanya, "Ilmu itu ibarat burung, tambatlah ia dengan menulis. kerana jika tidak, ia akan terbang meninggalkan kita".

         Awal2 masuk UTP dulu, aku pernah sekejap ada blog sendiri. tanpa benar2 tahu apa tujuan untuk ada blog, aku pun create la blog sendiri. Didorong pulak dengan peer pressure dari sahabat2 foundation time tu yg dah mula ada blog sendiri dan juga kakak2 serta abang2 Rakan Masjid yg ada blog2 menarik, jadi aku pun create la blog dengan rupa yg agak "pelik". pelik bukan apa, pelik sebab aku rasa that's not myself, but..still, I proceed "living" with it.

blogging depends on your choice 
Kadang2, aku pernah rasa, "perlu ke berfikir untuk create satu2 post? copy paste jek la dari mana2 sumber kan?". ada juga masa2 yg membuatkan aku fed up dengan pertanyaan orang, "bila nak update blog?", "aqid, blog ko dah bersawang dah tu" dan sewaktu dengannya.


Ditambah plak, sometimes each post yg aku tulis tu pun menyebabkan aku sendiri tak sanggup nak baca balik.uhu..so, setahun lepas tu, aku pun bertekad untuk delete jek blog tu daripada terus memiliki blog yg aku sendiri tak faham tujuan untuk menulis blog.

After few times thinking about it untuk tempoh masa yg agak lama selepas delete blog, aku dapat rasakan  yg there is something lacking somewhere yg menyebabkan aku rasa terdorong untuk menulis blog. Blogging bukan lah satu2 nya medium untuk menulis..Yup, ada banyak lagi medium untuk menyampaikan idea. cumanya, apa yg boleh aku katakan, memiliki dan menulis blog merupakan salah satu cara untuk melatih diri dalam menyampaikan idea. that's the point. IDEA. spell it right, I.D.E.A!!!

Thumbs up to those who have blogs! updated one of course~

Dengan adanya idea, ia akan mendorong seseorang untuk berfikir dan bila seseorang itu mula berfikir, ia akan akhirnya terdorong dengan sendirinya untuk berkongsi pandangan kepada orang lain. (ade ke orang yg berfikir sorang2 dan hidup dengan pemikiran dia?? krik3)  maka timbullah keinginan untuk seseorang yg mempunyai idea dan berfikir itu untuk menulis.lalu blogging itu merupakan salah satu cara untuk berfikir.betul tak? toing..toing..tapi tidaklah bermakna orang yg tiada blog itu orang yg tak berfikir.ehe


A.H.A

jadi, kesimpulannya untuk hari ini, kalau ingin membuat sesuatu, buatlah sehabis baik. kalau memang tak nak buat, baik jangan buat! (sorry, kasau plak).



Usrah Hari Ini #1: Apa itu usrah?

Assalamualaikum wbt.,

Sejak belakangan ini, perkataan usrah itu seolah2 telah menjadi suatu perkataan yg sudah wujud dalam kamus hidup masyarakat kini. Kalau dulu, apabila disebut "usrah", ada orang yg akan menunjukkan reaksi pelik, ada juga yg akan menyoal kembali tentang apa itu usrah dan sebagainya. Manakala ada di sesetengah tempat, perkataan "usrah" itu sendiri menimbulkan suatu konsep "jumud" dan dipandang agak negatif. Terpulanglah bagaimana pun konsep usrah itu pada pandangan masyarakat, yg penting, kewujudan usrah itu pada masa sekarang dilihat suatu perkara yg fundamental dalam melahirkan suatu masyarakat "islamik" yg moden dan selari dengan keperluan zaman berteknologi dan penuh cabaran ini.

Ok, penat pulak tulis formal ni..uhu

Jadi, apa itu usrah?
Ok, pernah anda dengar perkataan family? of course la pernah kan..maksud "usrah" itu sama lah dengan family yg bermaksud keluarga. biasa dalam keluarga, apa yg kita buat? kita akan makan bersama, melepak bersama, bergurau senda dan bermain bersama dan banyak lagi aktiviti yg dilakukan bersama2 ahli keluarga. jadi konsep usrah itu sama dengan konsep keluarga dan ia ditambahkan lagi serinya dengan asas untuk membina semula Islam dalam diri ahli usrah.

A.H.A

setakat ni saja dulu tentang usrah. insya Allah akan try share lagi tentang usrah untuk next2 post..wallahualam

antara aktiviti usrah

ziarah sahabat usrah
p/s: gambar2 diperoleh dari sumber internet sahaja =)

Kisah sahabat yg buncit

         Pada suatu hari, seperti biasa sebelum pasukan tentera berangkat ke medan perang, Rasulullah saw akan merapikan barisannya. 

         Sedang baginda membariskan dan merapikan barisan, tiba2 Rasulullah menemukan seorang sahabat yg agak terkeluar sedikit dari barisan. Lalu baginda pun memukul perut sahabat itu. Ternyata rupa2nya sahabat itu berperut buncit. Jadi disebabkan oleh perutnya yg buncit itu, dia kelihatan terkeluar dari barisan yg mana akhirnya dilihat oleh Rasulullah saw sebagai tidak meluruskan barisan. 

         Lalu sahabat itu memandang Rasulullah saw dengan pandangan yg penuh kasih sayang dan berkata: “Ya Rasulullah, engkau diutus untuk menjadi rahmat bagi seluruh alam, tapi kenapa kau sakiti perutku?” . Lalu Rasulullah saw dengan segera turun dari kudanya, dan menyerahkan alat pemukul itu, lalu berseru: “Wahai sahabatku, pukullah aku! sebagai qisas atas kesalahanku.”  Kemudian sahabat itu pun berkata lagi: “Tapi ya Rasulullah, engkau memukul aku terus mengenai kulit perutku.” Lantas, Rasulullah pun segera membuka pakaiannya bagi memudahkan sahabat itu memukulnya dan melunaskan qisas itu tadi. 

         Namun, tiba-tiba sahabat itu terus memeluk baginda dan mencium perutnya. Rasulullah terkejut dan berkata: “Kenapa dengan engkau?”. Sahabat itu pun menjawab dengan hati yg sebak dan penuh haru, “Ya Rasulullah, genderang perang sudah ditabuh, boleh jadi mungkin ini adalah saat terakhir perjumpaan aku denganmu. Aku ingin sebelum aku meninggal dunia, aku sempat mencium perutmu yang mulia.”


A.H.A

sahabat itu mungkin syahid selepas perang itu dan beliau sempat memeluk baginda sebelum meninggal dunia. semoga rohnya bersama2 para syuhada'..sehari sudah berlalu dan hari kelahiran baginda untuk tahun 1434 sudah pun berakhir. namun, adakah ingatan terhadap baginda juga berlalu dengan berlalunya hari kelahiran baginda? semoga kita semua dapat menanamkan dalam diri untuk sentiasa cuba mengingati baginda Rasulullah saw dalam setiap tindakan kita dan langsung menjadi umatnya yg dapat bertemu dan melihat cahaya wajah baginda di akhirat kelak..wallahualam

Wednesday, January 23, 2013

Sebab Ziad sayang Nabi

Dialog berikut merupakan dialog seorang ibu bersama anak2nya..Si ibu terharu sambil menitis air mata mendengarkan perbualan anak2nya sementara Isya' tadi.

Ibu : "Cepat siapkan kerja rumah tu, kan kata nak jadi pilot".

Ziad : "Ziad kalau besar nak jadi juruterbang, sebab Ziad nak jadi juruterbang jet pejuang".

Ibu : "Kenapa pulak nak jadi juruterbang jet pejuang?"

Ziad : "Sebab boleh senang mati syahid....."

Ibunya : "Apa?! Ziad nak mati syahid?! Kalau macam tu kenalah Ziad kerja dgn syarikat kapal terbang kat Palestin atau Syria..boleh bantu mereka... Ziad sanggup ke?"

Ziad : "Boleh..."

Ibu : "Kenapa Ziad nak mati syahid?"

Ziad : "Supaya senang...."

Ibu : "Senang apa....?"

Ziad : "Senang masuk syurga.....". (selamba)

Ibu : (sayu bermonolog) "Allahu Akbar, anakku"..."Kenapa pulak Ziad nak masuk syurga?"

Ziad : "Sbb nak jumpa Nabi Muhammad lah".

Ibu : "Apesal pulak nak jumpa Nabi Muhammad?"

Tiba2 Asmaa' si adik menyampuk, "Kan Nabi Muhammad Nabi kita".

Ziad : "Haah. Nabi Muhammad nabi dan rasul kita".

Ibu : "Kenapa Ziad nak jumpa Nabi Muhammad, nabi dan rasul kita tu?"

Ziad : "Sebab Ziad sayang Nabi lah".

Sekali lagi hati si ibu meruntun..kali ini air matanya meleleh buat kali kedua.

Ibu : "Habis, Ziad tak sayang ibu lah ye?"

Asmaa' : "Ibu sayang jugak, sebab syurga di bawah tapak kaki ibu".

Ziad : "sayang ibu sebab ibu, sayang Nabi sebab dia Nabi kita".



A.H.A

Alhamdulillah, semoga anak2 si ibu ini membesar dgn semaraknya cinta kasih mereka kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w..Amin..
si anak kecil ini bercita2 syahid dgn kerjayanya..kita pula bagaimana?mampukah kita bercita2 syahid dgn menggunakan kerjaya kita nanti?hmmm..mari berqasidah!




Tuesday, January 15, 2013

Rasulullah dan buah limau

Di suatu tempat, Rasulullah saw dan beberapa orang sahabat sedang berbual2. Tiba2, datang seorang wanita kafir menemui Rasulullah. Hatinya berhajat untuk memberi baginda hadiah iaitu beberapa biji buah limau. Selepas memberi hadiah itu, dia tetap menunggu baginda untuk makan buah limau itu. Baginda dengan raut wajah yang tenang dan ceria menyambut hadiah tersebut dengan penuh senyuman. Wajah baginda menunjukkan yang baginda sangat2 menghargai pemberian tersebut. Manakan tidak, tiba2 ada seorang wanita kafir datang menemui seorang pesuruh Allah yang mana mungkin hati wanita itu tergerak untuk berjinak2 dengan Islam. Siapa tahu isi hati wanita itu.



Lalu, melihatkan wanita itu masih di tempat perkumpulan baginda dan sahabat2 itu, Rasulullah pun, dengan reaksi yang sangat meraikan, memakan buah2 limau yang dihadiahkan itu, satu demi satu dan akhirnya, habis. Tiada satu pun yang baginda tinggalkan untuk sahabat2 yang berada di situ. Para sahabat pada waktu itu hanya mampu berdiam diri melihatkan tindakan Rasulullah itu dan pada masa yang sama, mereka juga merasa hairan. Mereka tidak mempersoalkan tindakan baginda bahkan hanya meraikan baginda dan wanita yang berada di situ.

Selepas baginda habis memakan kesemua buah limau itu, wanita itu pun akhirnya meninggalkan baginda dan sahabat2. Dengan penuh senyuman, baginda memfokuskan semula dirinya kepada para sahabat yang dikasihinya. Tanpa melengahkan masa lagi, sahabat2 pun bertanyakan perihal baginda tadi. Akhirnya Rasulullah saw menceritakan perihal tindakan baginda tadi.

"Wahai sahabat2ku, buah limau itu tadi sebenarnya masam. Aku makan dahulu buah itu lalu menghabiskan kesemuanya tanpa memberikan sedikit pun kepada kalian kerana aku khuatir kalian akan menunjukkan reaksi yang tidak sepatutnya seperti mengenyitkan mata ataupun terus memarahi wanita itu yang mana akhirnya akan membuatkan dia kecil hati atau tersinggung."

(kisah 'Rasulullah dan buah limau' ini tidak sebenar2nya begini. Terdapat sedikit olahan pada gaya penceritaan dan dialog)

A.H.A

3 point yang boleh kita ambil sebagai iktibar daripada kisah Rasulullah saw ini ialah:

1) Akhlak baginda yang sentiasa mengutamakan kebajikan (di sini in term of perasaan) orang lain berbanding diri sendiri.
2) Baginda sentiasa melihat dakwah dalam setiap ruang dan peluang, menggunakan wasilah2 / method dakwah yang ada (di sini baginda menggunakan Dakwah bil hal / dakwah dengan tindakan).
3) Kuasa psikologi dan hati sangat dititikberatkan oleh Rasulullah saw dalam berdakwah kerana baginda tahu manusia itu boleh dikuasai dengan pengaruh ke atas minda dan hati.

wallahualam..Jom SEMARAKKAN CINTA KEPADA RASULULLAH SAW di dalam hati kita!

Sunday, January 6, 2013

Khusyuk dalam solat di masjid

Pada satu waktu solat berjemaah, sekelompok pelajar Universiti Teknologi PETRONAS datang untuk solat bersama2 di masjid universiti itu. Mereka berhajat untuk solat dalam satu barisan yang sama. namun apakan daya, hasrat mereka tak kesampaian. datang beberapa orang yang lewat terus merempuh masuk dalam saf mereka yang menyebabkan mereka duduk berselang seli sesama mereka.

selepas beberapa minit berlalu, akhirnya jemaah solat itu pun sampai ke rakaat terakhir. salah seorang pelajar tadi pun duduk tahiyat akhir dengan hati sangat yang khusyuk.

"Alhamdulillah. akhirnya dapat juga aku beribadah di masjid selepas seminggu busy study untuk final exam.astaghfirullah..khusyuk2." detik hatinya. tiba2, suatu perkara berlaku yang menyebabkan dia terkejut beruk dan hampir terbatal solatnya. salah seorang daripada orang2 yang kelewatan tadi duduk tahiyat akhir lebih lambat darinya. dia bangkit dari sujud lalu terus duduk di atas jari jemari kecil dan halus pelajar tadi. tambahan pula, suatu objek keras dan sedikit tajam yang berada dalam poket seluar orang itu mencucuk betis pelajar itu.

"Aduh..ya Allah, tolong aku..dugaan ni, dugaan. aku tahu Kau tak kan menguji aku dengan ujian yang aku tak mampu". doa pelajar itu di dalam hati sambil memejamkan matanya. kekhusyukan solatnya terganggu di akhir ketika.

A.H.A

moral of the story, sila lihat video ini untuk penjelasan. harap maklum. adiosss



Entri ala-ala pertama

tut tut tut..tet tet tet..tut tut tut..grrrrrr

dekat 2 minit setengah juga kak long ni kat depan laptop. jari jemari tu kejap menaip beberapa perkataan, kejap padam semula. 2 biji bola mata dia dah hampir kehilangan titik hitam kat tengah tu (apa nama dia, tak ingat plak) gara2 terlalu lama menatap skrin laptopnya tanpa berkelip. dalam hati dia, merungut, "Asal xde idea ni??? macam aku tak pernah ade blog pulak before (dengan izin yang Dipertua) ni".

pandangan 2 biji matanya dengan lemah dialihkan ke luar tingkap. dilihatnya langsir bilik2 depannya semua dah berlabuh. "Ramai orang dah balik kampung. Ye lah, dah habis paper (dengan izin yang Dipertua) semalam..semua pakat balik cepat2. balik la, balik. tak kesah pun!" monolog kak long sambil memuncungkan mulut dan mengangkat sebelah kening (bajet macam ziana zain..cehh)

dia memandang semula ke laptopnya. jari jemarinya kaku seribu bahasa mandarin, arab, inggeris dan melayu. (bahasa2 kak long yang setakat ni telah dipelajari). dia masih mencari2 idea untuk memulakan penulisan blog 'baru'nya. baru lah sangat kan, blog yang sama jek sebenarnya cuma diperbaharui dengan template background (dengan izin yang Dipertua) yang dia bajet menarik dan font2 (dengan izin yang Dipertua) serta warna yang agak catchy(dengan izin yang Dipertua). tajuk blog dan alamat pun dia bagi lain. kononnya lebih tak formal berbanding dulu. kononnya lah..

"adehh, penat pulak asyik tulis '(dengan izin yang Dipertua)' ni. sebab apa aku asyik tulis benda alah ni ek?haha..ni saja jek. kan itu gaya para pendebat bila berdebat..hehe.lagipun, semenjak ayah aku minat tonton cerita Osman Baku kat TV1 tu, dia asyik duk perli kata2 yang anak2 dia guna jek.rojak katanya..adehhh..layankan jek lah" monolog hati kak long.

A.H.A.

akhirnya, ini lah entri pertama aku.ehe.insya Allah aku akan cuba untuk istiqamah dalam penulisan blog. kali ni, aku target untuk menggunakan gaya bahasa yang lebih sesuai dan penulisan yang lebih betul ejaannya (ooppsss..jangan terasa.aha) just sebagai latihan untuk masa akan datang. masa akan datang? kau ada plan apa Qid? uhu..ada lah..ehe.okeh, tu jek setakat ni..adiosss..wassalam

mari menulis.ehe