Monday, March 18, 2013

Rahsia mencapai kejayaan termudah

"Aku nak dean list sem ni!"
"Aku target nak intern kat sini nanti!"
"Aku nak kerja dengan company ***  lepas grade!"

"Bagus! Ini menunjukkan kau ada matlamat dan tidak berusaha dengan sia-sia. Tetapi, ada tak kau sisipkan sekali usaha kau itu dengan doa? Bagus kalau ada. Kalau tiada, silakan berdoa. Doa itu kan senjata umat Islam".


"Betul ke doa tu senjata?"

(tak caye plak dia ni) "Betul lah doa tu senjata. senjata yang hanya untuk orang yang beriman. tau tak siapa orang yang beriman tu?"

"Tau lah. janganlah bajet aku tak tau plak".

"OK2..no offense. ni aku nak citer suatu kisah tentang doa.

Suatu masa, ketika zaman pemerintahan Abbasiyah, seorang gabenor telah menyalahgunakan kuasa yang dia miliki. Dia telah memalukan dan menampar seorang lelaki. Akibat malu dan terasa teraniaya, dia pun mengugut gabenor itu dengan berkata, "Akan aku balas tindakanmu ini dengan panah-panah malam".

"Pergilah! Ingat aku takut dengan ugutan doa kamu itu?" jawab gabenor itu memperlekehkan ugutan doa lelaki itu.
.
Akhirnya malam itu lelaki yang teraniya itu pun melaksanakan solat malam dan berdoa kepada Allah supaya gabenor itu mendapat balasan akibat perbuatannya memalukannya di khalayak ramai. Dia memohon supaya sebelah tangan gabenor itu dipotong. Tidak lama selepas itu, gabenor itu telah melakukan suatu kesalahan yang mana mengakibatkan tangannya dihukum potong dan ditayangkan di khalayak ramai. Lelaki itu pun melihat tangan gabenor itu dan terus melakukan sujud syukur. Dia merasa bersyukur dan takjub kerana doanya dimaqbulkan Allah.

See! Inilah bukti doa itu senjata orang yang beriman".

"oooo..macam mana lelaki tu berdoa?"

"Ramai yang berdoa tapi caranya salah. Doa banyak kali dilafaz di mulut tapi tidak dirasai oleh hati. Ada juga yang menghafal doa-doa tertentu untuk mencapai hasrat-hasrat tertentu tetapi doa itu hanya dihafal dan dilafaz di mulut. Hatinya mungkin tidak memahami isi dan menghayati maksudnya. Doa juga tidak diminta dengan bersungguh-sungguh. Ada juga yang berpendapat, "tak payah lah berdoa. Allah kan dah tau apa yang terbaik untuk kita. kita doa secara general sudehh".

Ya, memang betul Allah tahu apa yang terbaik untuk kita dan memang Dia akan memberikan apa yang kita perlu, bukan yang kita mahu. Tapi, doa itu sebenarnya wasilah (cara) mudah untuk Allah nilai tahap keinginan dan kesungguhan kita terhadap sesuatu perkara selain menilai tahap keyakinan dan keimanan kita kepada Allah. Kalau dengan doa yang mudah itu pun kita malas nak lakukan, jelaslah menunjukkan yang kita ni malas berusaha dan seolah-olah tidak yakin dengan kuasa doa yang telah Allah sediakan untuk kita. Sebenarnya, doa itu juga merupakan latihan untuk manusia tau".
 
"Latihan ape pulak ni?"

"Kau pernah dengar Law of Attraction?"

"Pernah la. Jangan perlekehkan pengetahuan aku. Apa plak kaitan doa dengan Law of Attraction tu?".

"OK2..sorry.no offense. latihannya, kalau kita selalu melafazkan apa yang kita hasratkan dalam hati dan minda kita, secara tak langsungnya kita mudah untuk peroleh, betul tak? ini kerana bila hati dan minda kita telah di set untuk mencapai sesuatu matlamat, kita akan mula menterjemahkannya dalam bentuk kata2 dan tindakan yang mana akan menyebabkan kita berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat itu. begitu juga dengan doa. kalau kita mempunyai hasrat dan cita-cita yang kita ingin Allah maqbulkan, perlulah kita terjemahkannya dalam bentuk doa yang dilafazkan di mulut dan difahami oleh hati".
  
"Tapikan, ade jek aku tengok orang yang selalu berdoa tapi doanya tak maqbul".



"Tak maqbul maknanya, Allah tidak terima doanya. Menurut Syeikh Ibrahim Adham, sebab-sebab doa tidak maqbul adalah seperti berikut:
1) tahu hak Allah tapi tak pelihara hak Allah
2) baca al-quran tapi tak laksanakan isi-isinya
3) mengaku cinta kepada Nabi saw tapi tak ikhtiar untuk ikut sunnahnya
4) tahu akan mati tapi tak buat persiapan mengerjakan amal soleh
5) tahu syaitan itu musuh tapi mengikut perangai dan hasutannya
6) tahu neraka itu balasan kejahatan tapi kejahatan masih dilakukan
7) tahu syurga itu ganjaran kebaikan tapi amal kebaikan sering diabaikan
8) tutup keburukan sendiri tapi buka keburukan orang lain

semoga kita tak tergolong dalam kalangan seperti yang tersebut di atas".

"oooo..insya Allah".



A.H.A

Usaha + Doa + Tawakal = Kejayaan. wallahualam

Saturday, March 9, 2013

TAQWA; Takut yang Positif

      Teringat masa kecil-kecil dulu, kalau mak dengan ayah cakap nak pergi mana-mana, meninggalkan aku berseorangan atau dengan adik2 di rumah, hati aku mula rasa tak sedap. 

"Alamak, macam mana kalau tiba2 ada orang jual barang datang rumah? Macam mana kalau ada pencuri datang? Macam mana itu, macam mana ini? Apa nak buat?"

      Ini semua gara2 sejak kecil telah terdoktrin bahawa jika kita berseorangan tanpa ibu bapa, macam2 perkara tak elok boleh berlaku. Diri yang positif tiba2 boleh menjadi takut tak tentu pasal memikirkan perkara2 negatif. Inilah realiti masyarakat yang terlalu dimomokkan dengan perkara2 yang tidak tentu wujudnya, menyebabkan momokan itu menjadikan diri mereka pesimis. 

      Namun bagaimana pula jika takut itu disandarkan kepada Sang Pencipta, Allah swt.? Jika kita boleh takut dengan makhluk ciptaan Allah, takut pencuri, takut hantu dan sebagainya, tak salah untuk kita takut kepada Allah swt. Bahkan memang sepatutnya kita takutkan Allah lebih dari segala-galanya kerana Dia yang Maha Berkuasa dan Maha Hebat. Apa sahaja mampu Dia lakukan kepada kita makhluknya dengan hanya berkata "kun", maka jadilah perkara itu.

      Apa yang cuba untuk disampaikan ialah, kita cuba untuk fahami maksud sebenar takut kepada Allah. Kalau kita takut dengan hantu atau suasana gelap, kita akan cuba sebaik mungkin untuk banyakkan berzikir dan berdoa, hindari jalan gelap dan sebagainya. Bagaimana pula kalau takutkan Allah? Sama juga apa yang perlu kita amalkan cuma praktikalitinya memerlukan kepada kefahaman yang kukuh, bukannya takut secara membabi buta. 

      Sekarang mari kita fahami maksud "TAQWA". Kalimah "taqwa" asal maknanya adalah mengambil tindakan penjagaan dan pemeliharaan diri dari sesuatu yang mengganggu dan memudaratkan. Rasa-rasa sama tak dengan maksud "TAKUT"? Takut pula merupakan suatu perasaan yang membuatkan kita berasa risau dan berhati-hati dalam melakukan sesuatu perkara. Kita cuba pandang "takut" itu dari sudut yang positif. Jika kita takut pada Allah, jangan jauhi Allah. Sebaliknya, kita dekati dan dekati Dia. Berbeza dengan hantu atau gelap, kita takut dan kita jauhi ia. Itu takut yang negatif. Indahnya takutkan Allah ini membuahkan akhlak yang baik. Kerana apabila kita takutkan Allah, kita akan sentiasa berusaha untuk menjaga hubungan dengan-Nya sebaik mungkin. Kita berusaha untuk menjaga dan memelihara diri dari seksa dan murka Allah Taala dengan cara melaksanakan perintah2-Nya, taat kepada-Nya dan menjauhi larangan2-Nya serta perbuatan maksiat. 

Rasulullah saw. juga pernah menjelaskan hakikat taqwa dengan sabdanya yang bermaksud:  
"Mentaati Allah dan tidak mengingkari perintah-Nya, sentiasa mengingati Allah dan tidak melupainya, bersyukur kepada-Nya dan tidak mengkufuri nikmat-Nya". 
( Riwayat Imam Bukhari dari Abdullah bin Abbas rha. )
Saidina Umar r.a. pernah bertanya kepada seorang sahabat yang lain bernama Ubai bin Ka'ab r.a. berkaitan makna taqwa. Lalu Ubai bertanya kepada Umar : "Adakah engkau pernah melalui satu jalan yang berduri? Jawab Umar: "Ya". Tanya Ubai lagi: "Apakah yang kamu lakukan untuk melalui jalan tersebut?".Jawab Umar : "Aku melangkah dengan penuh waspada dan berhati-hati". Balas Ubai : "Itulah yang dikatakan taqwa".
      Cuma satu sahaja perbezaan taqwa dan takut iaitu tempoh masa. Takut itu datang untuk suatu tempoh yang bersifat sementara dan sekejap. Kesannya juga pendek dan lemah. Manakala taqwa pula datang untuk suatu tempoh yang lama dan berpanjangan. Usaha untuk mengekalkan kesan taqwa ini takkan pernah putus dan padam kerana selagi mana roh kita berada dalam jasad kita, selagi itu kita perlu untuk terus berhati-hati dengan setiap tindak tanduk kita sebagai hamba Allah.
      Kita hendaklah sentiasa berhati2 dalam setiap perkara yang kita lakukan, baik percakapan sehari2an, pandangan, pendengaran mahupun pemikiran. Jaga mulut kita dari mengumpat dan menfitnah, mata kita dari melihat aurat orang lain, telinga kita dari mendengar perkara yang tidak elok. Kadangkala mungkin mudah untuk kita jaga pandangan kita dari melihat perkara yang tidak elok tapi susah untuk kita tidak berfikir yang tidak elok. Dalam kata lainnya, susah untuk kita menjaga hati kita daripada penyakit2 hati seperti riak, takbur, sum'ah dan lain2. Fikiran yang tidak elok ini sebagai contoh, sangkaan kita tentang sesuatu perkara. 
      Lihat sahaja orang di hadapan kita berpakaian tidak kemas, mulalah fikiran kita memikirkan yang bukan2 tentang orang itu. Selekeh lah, tak mandi lah dan sebagainya. Lihat sahaja kereta orang lain mewah, fikiran kita mula berfikir, membazir lah, baik beli kereta yang murah, enjin kereta tu tak bagus dan sebagainya. Buat sahaja perkara yang baik, hati kita mula untuk mengharapkan pujian, pandangan orang dan sebagainya. Hal-hal ini mungkin kecil pada kita tapi sebenarnya merupakan antara penyumbang terbesar kemurkaan Allah. Pada saat-saat inilah ketaqwaan kita kepada Allah teruji. Jika benar kita bertaqwa, fikiran dan hati kita perlu sentiasa alert dengan apa yang kita fikirkan supaya tidak mengundang kemarahan Allah.
A.H.A
Oleh itu, ayuh kita cuba untuk mendidik diri kita supaya sentiasa berhati2 dengan setiap apa yang kita lakukan. Tanamkan rasa takut yang positif hanya kepada Allah. Dekatilah Dia dalam setiap pemikiran kita terutama doa dan doa yang terbaik ialah solat kerana saat kita berdoa itu ialah saat kita berdua-duaan dengan-Nya.

Tuesday, March 5, 2013

Mindset Berbaitul Muslim; Harta atau Kemampuan?

      Assalamualaikum wbt., dah lama tak update blog. Serabut sedikit seminggu dua ni. Dalam keserabutan yang melanda, sempat juga lah dengar pengisian dari radio IKIM. Best dengar IKIM ni sebab banyak pengisian (selain mendengar radio ERA dan ONE fm..hehe). Sebagai pelajar UTP yang bajet busy selalu, jadi peluang nak dapat pengisian selain dari usrah tu susah sedikit lah. (Cehh, bajet tol). Lagipun, kalau orang yang macam aku ni, jenis yang auditory, memang suka lah benda2 yang mendengar ni. Cepat tangkap kalau benda yang listen-listen ni.huhu

Listen..listen

      OK. Malam ni tergerak pula untuk tulis tentang topik ni sebab melihatkan keadaan persekitaran yang sudah mula berubah. Perubahan apakah?? Hmmm..agak2? Baru-baru ni ada terdengar dalam satu perkongsian dari IKIM, tentang mindset berbaitul muslim dari perspektif individu muslim yang dikatakan sudah layak untuk berumah tangga oleh seorang ustaz (maaf, tak ingat nama). Anda rasa mana lebih utama? Harta untuk menampung satu2 rumah tangga atau kemampuan diri sendiri untuk melayar bahtera perkahwinan itu? Haaa, fikir2.

      Ustaz ade menceritakan kisah Saidina Ali. Seperti yang kita ketahui, beliau seorang yang miskin. Harta yang beliau miliki hanya cukup untuk keperluannya sahaja. Tetapi Rasulullah waktu itu melihat beliau ini memang sudah sampai masanya untuk bernikah. Kerana apa? Kerana sifat2 dan akhlak yang beliau miliki memang sudah melayakkan dirinya untuk berumah tangga seterusnya membina baitul muslim yang penuh dengan cara hidup Islam. Namun Saidina Ali tidak mahu kerana merasakan dirinya itu tidak mampu untuk berkahwin dan menyara hidupnya, apatah lagi pasangannya. Rasulullah tetap juga menyatakan bahawa Ali sangat layak untuk bernikah lantas menawarkan puteri kesayangannya, Saidatina Fatimah untuk menjadi isterinya. Rasulullah pun bertanya, "Apakah barang yang kau miliki untuk dijadikan mahar perkahwinan dengan Fatimah?". Jawab Ali, "Aku hanya ada perisai perang (shield) dan pedang". Maka baginda pun menyuruh Ali untuk menjual perisai perangnya dan simpan pedang itu. Duit yang diperoleh hasil jualan perisai itu digunakan untuk membeli tikar dan sepersalinan baju baru. Maka itu sahaja lah mahar buat Fatimah. Mewah tak? Namun hasilnya, lihat sahaja keturunan mereka yang baik2.

      Betapa mulianya pemuda miskin bernama Ali ini pada pandangan Rasulullah. Dah lah miskin, dapat kahwin dengan anak kekasih Allah pula tu. Makna kata, Rasulullah tidak memandang harta untuk melayakkan seseorang itu berumah tangga, sebaliknya peribadi seseorang itu sendiri. Rata2 masyarakat sekarang melihat harta kekayaan itu apabila sudah stabil, maka sudah layak berumah tangga. Namun, apabila sudah berkahwin, mula lah adegan2 yang tidak diingini seperti keretakan hubungan suami isteri, perpecahan rumah tangga dan sebagainya. Hal ini kerana "mindset" seseorang untuk berkahwin itu sendiri yang belum bersedia. Fizikalnya memang nyata bersedia tapi mentalitinya sebenarnya belum. Bak kata Ustaz Hasrizal, "Apa sebenarnya maksud perkahwinan yang kita fahami? Perkahwinan yang sebenar perlu kepada persediaan bagaimana hendak memperoleh sakinah, mawaddah dan rahmah". Bukanlah ingin dikatakan di sini bahawa harta itu tidak perlu tetapi persediaan diri itu sendiri yang perlu menjadi keutamaan. Jika tiada harta sekalipun, tetapi jika diri seseorang itu sendiri memang sudah mampu memikul tanggungjawab untuk mencari nafkah, maka dipersilakan untuk bernikah jika itu yang terbaik buatnya. Tidak dilupakan juga istikharah sebelum membuat keputusan dan juga usaha menjaga keberkatan dalam perhubungan supaya hubungan yang dibina sebelum dan selepas berumah tangga itu diredhai Allah.wallahualam

     Jadi, adakah anda sudah benar2 bersedia? Cukupkah ilmu (fardhu ain, sunnah2 Rasulullah, pengurusan diri dan lain2) anda? Mindset dan penerimaan pula bagaimana? Bagi yang sudah ada pasangan, bersediakah anda untuk membawa pasangan anda bersama-sama bertemu Allah dalam keadaan yang disukai-Nya? Bagi yang belum, apakah langkah2 anda untuk berumah tangga mulai sekarang? Selamat menyediakan diri!



A.H.A

Tazkirah ni aku kongsi bukan gara-gara dah pergi kursus pra perkahwinan ke ape ye..saja nak share apa yang aku dengar dari IKIM. Aku tujukan tazkirah ni khas buat member2 aku especially yang satu course, yang dah mula ada angin2 "serious couple".hehe