Tuesday, May 14, 2013

Menulis Jangan Sampai Kikis

Penulis punya passion tersendiri dlm penulisan.Dgn menulis,idea yg pada mulanya hanya terbit seperti api nyalaan lighter yg tak hidup, bisa menjadi bakaran yg sangat marak dan bahang. Ini kerana apabila seseorang itu mula menulis,otaknya akan mula berfungsi dgn memproses idea atau input yg dimiliki. Lantaran itu,idea itu mula dipanjangkan dan dihuraikan menjadi suatu perkara yg realistik. Hal ini dipanggil 'rasionalisation', suatu teori yg menjadikan sesuatu perkara yg tidak real atau kurang diterima oleh akal kepada logik dan rasional. Sebab itulah, seseorang penulis itu sangat perlu berhati2 dgn apa yg difikir dan dituliskannya kerana bimbang daripada idea yg pada mulanya bermanfaat, bisa jadi membahayakan dek kerana proses pemikirannya yg tersilap langkah.

Secara psikologinya, seseorang itu akan bertindak mengikut apa yg dia fikir dan yakini. Jika betul apa yg diyakininya itu, insya allah betullah apa yg dia aksikan. Begitu juga sebaliknya. Oleh itu, saranan bagi sesiapa sahaja yg bergelar penulis, baik blogger, novelis, jurnalis, penulis artikel, pendakwah mahupun peng"update" status FB, twitter dan sebagainya, 'conciousness' perlu selalu diiringkan bersama apa yg cuba disampaikan supaya idea yg ingin disampaikan tidak menjadi kisah ironi ngeri buat Sang Penerbit Idea seperti pisau pemotong daging ayam yg pada asalnya ingin digunakan utk memasak tetapi sebaliknya menjadi pisau pemotong daging jari sendiri tanpa disedari.

Ada kata2 seorang pemikir Barat yg menyebut, "Watch your thoughts; they become words. Watch your words; they become actions. Watch your actions; they become habits. Watch your habits; they become character. Watch your character; it becomes your destiny."

A.H.A

Selamat menulis perkara yg berfaedah!