Tuesday, March 5, 2013

Mindset Berbaitul Muslim; Harta atau Kemampuan?

      Assalamualaikum wbt., dah lama tak update blog. Serabut sedikit seminggu dua ni. Dalam keserabutan yang melanda, sempat juga lah dengar pengisian dari radio IKIM. Best dengar IKIM ni sebab banyak pengisian (selain mendengar radio ERA dan ONE fm..hehe). Sebagai pelajar UTP yang bajet busy selalu, jadi peluang nak dapat pengisian selain dari usrah tu susah sedikit lah. (Cehh, bajet tol). Lagipun, kalau orang yang macam aku ni, jenis yang auditory, memang suka lah benda2 yang mendengar ni. Cepat tangkap kalau benda yang listen-listen ni.huhu

Listen..listen

      OK. Malam ni tergerak pula untuk tulis tentang topik ni sebab melihatkan keadaan persekitaran yang sudah mula berubah. Perubahan apakah?? Hmmm..agak2? Baru-baru ni ada terdengar dalam satu perkongsian dari IKIM, tentang mindset berbaitul muslim dari perspektif individu muslim yang dikatakan sudah layak untuk berumah tangga oleh seorang ustaz (maaf, tak ingat nama). Anda rasa mana lebih utama? Harta untuk menampung satu2 rumah tangga atau kemampuan diri sendiri untuk melayar bahtera perkahwinan itu? Haaa, fikir2.

      Ustaz ade menceritakan kisah Saidina Ali. Seperti yang kita ketahui, beliau seorang yang miskin. Harta yang beliau miliki hanya cukup untuk keperluannya sahaja. Tetapi Rasulullah waktu itu melihat beliau ini memang sudah sampai masanya untuk bernikah. Kerana apa? Kerana sifat2 dan akhlak yang beliau miliki memang sudah melayakkan dirinya untuk berumah tangga seterusnya membina baitul muslim yang penuh dengan cara hidup Islam. Namun Saidina Ali tidak mahu kerana merasakan dirinya itu tidak mampu untuk berkahwin dan menyara hidupnya, apatah lagi pasangannya. Rasulullah tetap juga menyatakan bahawa Ali sangat layak untuk bernikah lantas menawarkan puteri kesayangannya, Saidatina Fatimah untuk menjadi isterinya. Rasulullah pun bertanya, "Apakah barang yang kau miliki untuk dijadikan mahar perkahwinan dengan Fatimah?". Jawab Ali, "Aku hanya ada perisai perang (shield) dan pedang". Maka baginda pun menyuruh Ali untuk menjual perisai perangnya dan simpan pedang itu. Duit yang diperoleh hasil jualan perisai itu digunakan untuk membeli tikar dan sepersalinan baju baru. Maka itu sahaja lah mahar buat Fatimah. Mewah tak? Namun hasilnya, lihat sahaja keturunan mereka yang baik2.

      Betapa mulianya pemuda miskin bernama Ali ini pada pandangan Rasulullah. Dah lah miskin, dapat kahwin dengan anak kekasih Allah pula tu. Makna kata, Rasulullah tidak memandang harta untuk melayakkan seseorang itu berumah tangga, sebaliknya peribadi seseorang itu sendiri. Rata2 masyarakat sekarang melihat harta kekayaan itu apabila sudah stabil, maka sudah layak berumah tangga. Namun, apabila sudah berkahwin, mula lah adegan2 yang tidak diingini seperti keretakan hubungan suami isteri, perpecahan rumah tangga dan sebagainya. Hal ini kerana "mindset" seseorang untuk berkahwin itu sendiri yang belum bersedia. Fizikalnya memang nyata bersedia tapi mentalitinya sebenarnya belum. Bak kata Ustaz Hasrizal, "Apa sebenarnya maksud perkahwinan yang kita fahami? Perkahwinan yang sebenar perlu kepada persediaan bagaimana hendak memperoleh sakinah, mawaddah dan rahmah". Bukanlah ingin dikatakan di sini bahawa harta itu tidak perlu tetapi persediaan diri itu sendiri yang perlu menjadi keutamaan. Jika tiada harta sekalipun, tetapi jika diri seseorang itu sendiri memang sudah mampu memikul tanggungjawab untuk mencari nafkah, maka dipersilakan untuk bernikah jika itu yang terbaik buatnya. Tidak dilupakan juga istikharah sebelum membuat keputusan dan juga usaha menjaga keberkatan dalam perhubungan supaya hubungan yang dibina sebelum dan selepas berumah tangga itu diredhai Allah.wallahualam

     Jadi, adakah anda sudah benar2 bersedia? Cukupkah ilmu (fardhu ain, sunnah2 Rasulullah, pengurusan diri dan lain2) anda? Mindset dan penerimaan pula bagaimana? Bagi yang sudah ada pasangan, bersediakah anda untuk membawa pasangan anda bersama-sama bertemu Allah dalam keadaan yang disukai-Nya? Bagi yang belum, apakah langkah2 anda untuk berumah tangga mulai sekarang? Selamat menyediakan diri!



A.H.A

Tazkirah ni aku kongsi bukan gara-gara dah pergi kursus pra perkahwinan ke ape ye..saja nak share apa yang aku dengar dari IKIM. Aku tujukan tazkirah ni khas buat member2 aku especially yang satu course, yang dah mula ada angin2 "serious couple".hehe

No comments:

Post a Comment