Thursday, February 13, 2014

Berbaki 17 tahun lagi

Hepi bezday to ME, hepi bezday to ME..lalala



Assalamualaikum wbt, kalau bezday ni kite patut gumbira ke sedih ek? ke marah?huhu..kalau sblum2 ni aku rasa ok laa nak sambut2 bezday ni, tapi hari ni, aku rasa lain macam..bole x?sebabnya, aku teringat satu hadis ni:

"sesiapa yg berusia 40 tahun dan amalan kebaikannya belum mengatasi kejahatannya, maka bersiap-sedialah dia ke Neraka Allah"
(Riwayat Tabrani)

Imam Tirmizi membahaskan hadis ni dari sudut perspektif umur 40 tahun dan berpendapat bahawa hadis ni bersifat daif atau lemah. tetapi walaupun begitu, ia masih bole dijadikan amalan cuma tidak pada menjadi hujah..hmm, kalau korang nak tau lebih lanjut tentang huraian hadis ni, bole la try link ni : http://andayangbaru.blogspot.com/2012/09/menjalani-umur-40-tahun.html

uwaaaa..kalau dicongak-congak, umur aku cuma tinggal 17 tahun jek lagi dari sekarang utk jadi 40..huhu..cuaknya ya Allah..i'm not ready yet!!! omoooooooooooooooo..

OMG!!!!!!

Knape aku cuak???hmmmmm...
  1. b'coz i'm thinking about how i'm going to be like in future - a poor woman with lack of modesty and knowledge? or a happy woman with high modesty and knowledge? a carrier successful woman with lots of dreams achieved or a failed woman with no-dream at all? etc etc
  2. sebab aku nak jadi hamba Allah yg buat satu2 ibadah tu sebab Allah, bukan sebab umur dah tua, makin dekat nak mati, jadi takut mati dgn amalan yg kurang..huhu..ni paling susah
  3. sebab aku risau aku akan menyusahkan orang2 di sekeliling aku kalau aku tak ready utk jadi tua. tua dari segi ape? dari segi mindset, cara berfikir, bertindak, gaya hidup etc etc
  4. b'coz when I continue growing up, my parents also continue growing older. jadi ape 'hadiah' aku utk mereka sebagai balasan? ok, ni paling sedih.. T__T
  5. dan banyak lagi reason lain yg mencuakkan..huhu

yeaaahhhhhh!!!

tapi, cuak-cuak pun takde makna kalau takde tindakan dan resolusi diri utk self-improvement kan?



so, antara resolusi yg aku bole fikirkan setakat ni ialah seperti berikut:

  1. mindset: aku nak berfikir lebih matang, terutama dlm membuat keputusan..taknak dah main2, nangis2, rebel2, merajuk2 (penah ke??hoho), lari2 dari orang etc etc..tapi tak bermakna tak bole gelak dan jadi serius memanjang..huhu..dan tak bermakna jugak tak bole tengok kartun #ehhhh
  2. tindakan: aku nak jaga konsistensi dan kontinuiti dlm setiap ape yg aku lakukan..contoh paling mudah, nak rajinkan diri membaca buku dan kurangkan luang masa dgn gadget (smakfongg dan lektop). sebab ape buku? dan buku ape? sebabnya buku ni medium komunikasi idea dan ilmu antara murabbi dan mutarabbi dan buku yg aku maksudkan ialah buku2 yg mendekatkan kita dgn pencipta, selain banyakkan dengar kuliah, sharing2 yg baik..insya Allah (mampukah aku???huhu)
  3. fizikal: aku nak jaga kesihatan tubuh badan dgn menjaga tidur dan makan. "you are what you eat"..kalau aku taknak susahkan orang2 sekeliling aku pada masa akan datang, baik aku susahkan diri aku sekarang so that orang lain akan senang berada di sisi aku..cewaaaaahh, trase baik plak diri ini..haha..antara tips yg aku pernah dengar dri Kevin Zahari dlm menjaga kesihatan adalah dgn 3 perkara - BERSENAM, DIET (jaga pemakanan) dan AMBIL PRODUK (supplemen)
  4. spiritual: aku nak jadi lebih bersyukur dlm setiap ape yg aku peroleh baik benda tu musibah atau hadiah dri Allah. sebab Allah kata Allah akan tambah nikmat kalau kita bersyukur..hehe..lagi satu, aku nak jadi lebih kuat bersabar dlm melawan hawa nafsu dan meninggalkan larangan Allah serta melakukan perintah Allah. memang bukan senang tapi tak susah insya Allah.
hmmm, aku rasa tu jek kot..yg penting kita ade usaha dan Allah nak tengok usaha kita.selebihnya kita serah pada Allah :)


A.H.A

terima kasih kepada semua yg wish..doakan Nurul 'Aqidah binti Rozimah dan binti Saifuddin istiqamah, amin
nahhhh, video selingan :)

No comments:

Post a Comment