Thursday, February 14, 2013

Mengapa aku diuji?

       Seorang remaja perempuan sedang duduk di ruang tamu sambil membelek2 majalah yang baru dibeli. Tiba2, suatu suara yang membingitkan, datang dari arah dapur. Suara yang sangat mengganggu emosinya itu ialah suara pertelingkahan ibu bapanya. Suara yang sering dia dengari sejak akhir2 ini membuatkan dia tidak senang duduk. Hari itu dia bersikap tidak ambil peduli dan terus berlari masuk ke dalam biliknya. Pintu biliknya dihempas sekuat hati tanda protes dan lagu band Korea kegemarannya dimainkan sekuat hati dengan harapan, suara yang membingitkan hatinya tadi dapat dihilangkan. Dalam hatinya terdetik, "Mengapa aku diuji?"


       Tatkala manusia diuji, ketika itulah emosinya mula terganggu. Keadaannya yang dahulu ceria dan sangat bahagia, kini berubah kepada moody dan mudah mengeluh. Jika dahulu seseorang itu sangat mudah melafazkan "saya sayang kamu" tapi selepas diuji, lafaz itu berubah kepada "saya benci kamu", jika dahulu hatinya selalu berkobar2 keriangan untuk memperoleh sesuatu, tetapi selepas diuji, hatinya mula merasa bosan untuk terus mendapatkan perkara yang sama. Mengapa ini berlaku?

       Hal ini tak lain tak bukan hanyalah kerana Allah yang berhak ke atas hamba2-Nya termasuk manusia. Dia yang memegang hati2 manusia, Dia yang berkuasa membolak-balikkan hati manusia. Dia juga yang berkuasa menentukan takdir hamba2-Nya.

       "Kalau macam tu, tak payah la nak berusaha untuk buat baik sebab last2, kita mati dengan cara tak baik juga. Kan Allah yang tentukan.." pertikai seorang remaja.

       Persoalannya di sini, adakah kita tahu bagaimana kematian kita? Tahukah kita cara kita mati itu dalam keadaan susah atau senang? Baik atau buruk? Jahil atau alim? Islam atau Kafir? Kitakah yang menentukan?

       Jadi, tugas kita sebagai hamba-Nya ialah, just do it. Do what? Do protect yourself from His anger and try your best to seek His redha. Jika diuji, jangan mengeluh, jangan mengalah. Have a strong faith yang Allah kurniakan ujian itu kerana Dia ingin menilai tahap cinta kita kepada Dia. Bagi yang punya pasangan, mungkin mengerti maksud menguji kesetiaan pasangan kan? ehe. Same goes to Allah. Ujian yang diberi itu yang menentukan lulus atau gagalnya kita dalam relationship dengan Allah.


Ada 3 keadaan mengapa Allah menimpakan ujian kepada hamba2-Nya:

  1. Sebagai peningkatan darjat - hal ini adalah untuk orang2 yang beriman, yang disayangi Allah. Contohnya Rasulullah saw tetap diuji walaupun tidak berbuat dosa. Ujian Allah kepada baginda sebagai kasih sayang Allah dan untuk memuliakan lagi baginda.
  2. Sebagai bala - hal ini adalah untuk orang yang selalu berbuat dosa dan membangkitkan kemarahan Allah. Jadi Allah menurunkan musibah dan ujian kepada mereka sebagai balasan perbuatan mereka.
  3. Sebagai kifarah - hal ini adalah untuk orang yang jarang2 berbuat dosa dan kadang kala tanpa ada keinginan atau kesedaran, mereka melakukan perkara2 terlarang. Jadi, jika mereka betul2 bertaubat dan menyesal, Allah akan mengurniakan musibah kepada mereka sebagai kifarah atau denda untuk dosa2 mereka sebagai bertujuan untuk membersihkan dosa2 mereka yang telah lalu.

A.H.A

So, which is us? Semoga kita tergolong dalam golongan orang2 yang sentiasa memperoleh rahmat Allah. Ayuh berusaha untuk perbaiki cara hidup kita supaya Allah tidak murka kepada apa yang kita lakukan..wallahualam.

No comments:

Post a Comment