Thursday, February 7, 2013

Perlukah Mengetahui Hasil dalam Dakwah?

Siapa kata dakwah itu susah dan berat? Dakwah itu mengajak orang lain ke arah mendekati Allah. Paling mudah yang boleh dilakukan untuk berdakwah ialah menunjukkan contoh yang baik mengikut kemampuan dai'e. Teringat kepada kata2 seorang senior, "pandanglah setiap saat yang kita ada dengan pandangan dakwah". Kata2 aku pula, "pakailah cermin mata dakwah walaupun tidak rabun..haha".

rupa cermin mata dakwah yang stylo 
OK, kita straight to the topic. Selalu kita dengar kuliah2 ustaz atau perkongsian dari senior2 bahawa dalam dakwah ni, dai'e perlu sampaikan sahaja dan hidayah itu milik Allah. Urusan memberikan hidayah itu urusan Allah, tugas kita hanya menyampaikan. Tugas mad'u juga untuk mencari hidayah, bukannya menunggu. Namun tugas dai'e juga sebenarnya untuk membantu mad'u dalam mencari hidayah.


Jadi, perlu tak dai'e tahu hasil? Maksud kata, perlu tak seorang dai'e itu tahu perkembangan mad'unya dalam usaha dakwahnya? Jawapannya, YA. Jawapannya terletak kepada metode dakwah yang telah dihuraikan oleh Ustaz Mustapha Masyhur dalam tulisannya berkaitan Dakwah Fardiah. Ouuhh mann!! Apa benda pula dakwah fardiah ni ye?

Orait2..nak mudah lagi, let me divide dakwah into two periods of engagement. Engagement dengan apa? Engagement dengan mad'u:

1. Short-term engagement (Dakwah Umum)

- Dakwah umum ni contoh macam ceramah2 di masjid, sharing session, konsert2 islamik dan lain2 yang berkaitan. Tempoh masa yang dai'e itu ada untuk bersama mad'u boleh dikatakan pendek dan ia bersifat lebih berat kepada tidak perlu melihat kepada hasil atau perubahan mad'u. Tetapi, the moment kita berada dengan mad'u itu perlu sangat2 digunakan oleh dai'e. Waktu inilah, "cermin mata" dakwah itu sangat berguna kerana di saat inilah, dakwah bil hal dengan menunjukkan qudwah hasanah atau contoh terbaik di samping kebijaksanaan dai'e dalam bergaul dengan mad'u itu memainkan peranan


2. Long-term engagement (Dakwah Fardiah)


- Dakwah fardiah ni pula bermaksud dakwah secara personal. Ia menggunakan pendekatan berhubungan baik dengan mad'u dengan tujuan untuk mengajak mendekati Allah dengan lebih berkesan dan ia mengambil masa yang sangat lama, bergantung kepada kemampuan dai'e dan juga kerelaan mad'u. Ia juga sememangnya berkait rapat dengan hubungan dengan Allah taala kerana ia berkait soal hati. Dalam tempoh yang panjang ini, dai'e itu perlu melihat kepada hasil atau tahap perubahan mad'u. Ini bertujuan untuk menilai sejauh mana tahap keberkesanan dakwah dai'e itu tadi kepada mad'unya supaya istilah "dai'e syok sendiri" tidak berlaku.
- Hasil di tahap ini juga perlu diambil berat supaya masa yang lama antara dai'e dan mad'u itu tidak menjadi sia2 kerana boleh jadi, terdapat banyak peluang untuk mad'u itu tadi berubah dan berhijrah tetapi hanya disebabkan sikap dan usaha dakwah dai'e yang kurang berkesan dan kurangnya muhasabah diri oleh dai'e, menyebabkan apa yang ingin disampaikan kepada mad'u itu terhijab.na'uzubillahiminzalik

wallahualam

A.H.A

sorry ye. ter"serius" pula dalam posting kali ni. Ada masa kita perlu serius, ada masa kita perlu tidak serius.ehe


No comments:

Post a Comment