Pada suatu hari, seperti biasa sebelum pasukan tentera berangkat ke medan perang, Rasulullah saw akan merapikan barisannya.
Sedang baginda membariskan dan merapikan barisan, tiba2 Rasulullah menemukan seorang sahabat yg agak terkeluar sedikit dari barisan. Lalu baginda pun memukul perut sahabat itu. Ternyata rupa2nya sahabat itu berperut buncit. Jadi disebabkan oleh perutnya yg buncit itu, dia kelihatan terkeluar dari barisan yg mana akhirnya dilihat oleh Rasulullah saw sebagai tidak meluruskan barisan.
Lalu sahabat itu memandang Rasulullah saw dengan pandangan yg penuh kasih sayang dan berkata: “Ya Rasulullah, engkau diutus untuk menjadi rahmat bagi seluruh alam, tapi kenapa kau sakiti perutku?” . Lalu Rasulullah saw dengan segera turun dari kudanya, dan menyerahkan alat pemukul itu, lalu berseru: “Wahai sahabatku, pukullah aku! sebagai qisas atas kesalahanku.” Kemudian sahabat itu pun berkata lagi: “Tapi ya Rasulullah, engkau memukul aku terus mengenai kulit perutku.” Lantas, Rasulullah pun segera membuka pakaiannya bagi memudahkan sahabat itu memukulnya dan melunaskan qisas itu tadi.
Namun, tiba-tiba sahabat itu terus memeluk baginda dan mencium perutnya. Rasulullah terkejut dan berkata: “Kenapa dengan engkau?”. Sahabat itu pun menjawab dengan hati yg sebak dan penuh haru, “Ya Rasulullah, genderang perang sudah ditabuh, boleh jadi mungkin ini adalah saat terakhir perjumpaan aku denganmu. Aku ingin sebelum aku meninggal dunia, aku sempat mencium perutmu yang mulia.”
A.H.A
sahabat itu mungkin syahid selepas perang itu dan beliau sempat memeluk baginda sebelum meninggal dunia. semoga rohnya bersama2 para syuhada'..sehari sudah berlalu dan hari kelahiran baginda untuk tahun 1434 sudah pun berakhir. namun, adakah ingatan terhadap baginda juga berlalu dengan berlalunya hari kelahiran baginda? semoga kita semua dapat menanamkan dalam diri untuk sentiasa cuba mengingati baginda Rasulullah saw dalam setiap tindakan kita dan langsung menjadi umatnya yg dapat bertemu dan melihat cahaya wajah baginda di akhirat kelak..wallahualam
No comments:
Post a Comment