Di suatu tempat, Rasulullah saw dan beberapa orang sahabat sedang berbual2. Tiba2, datang seorang wanita kafir menemui Rasulullah. Hatinya berhajat untuk memberi baginda hadiah iaitu beberapa biji buah limau. Selepas memberi hadiah itu, dia tetap menunggu baginda untuk makan buah limau itu. Baginda dengan raut wajah yang tenang dan ceria menyambut hadiah tersebut dengan penuh senyuman. Wajah baginda menunjukkan yang baginda sangat2 menghargai pemberian tersebut. Manakan tidak, tiba2 ada seorang wanita kafir datang menemui seorang pesuruh Allah yang mana mungkin hati wanita itu tergerak untuk berjinak2 dengan Islam. Siapa tahu isi hati wanita itu.
Lalu, melihatkan wanita itu masih di tempat perkumpulan baginda dan sahabat2 itu, Rasulullah pun, dengan reaksi yang sangat meraikan, memakan buah2 limau yang dihadiahkan itu, satu demi satu dan akhirnya, habis. Tiada satu pun yang baginda tinggalkan untuk sahabat2 yang berada di situ. Para sahabat pada waktu itu hanya mampu berdiam diri melihatkan tindakan Rasulullah itu dan pada masa yang sama, mereka juga merasa hairan. Mereka tidak mempersoalkan tindakan baginda bahkan hanya meraikan baginda dan wanita yang berada di situ.
Selepas baginda habis memakan kesemua buah limau itu, wanita itu pun akhirnya meninggalkan baginda dan sahabat2. Dengan penuh senyuman, baginda memfokuskan semula dirinya kepada para sahabat yang dikasihinya. Tanpa melengahkan masa lagi, sahabat2 pun bertanyakan perihal baginda tadi. Akhirnya Rasulullah saw menceritakan perihal tindakan baginda tadi.
"Wahai sahabat2ku, buah limau itu tadi sebenarnya masam. Aku makan dahulu buah itu lalu menghabiskan kesemuanya tanpa memberikan sedikit pun kepada kalian kerana aku khuatir kalian akan menunjukkan reaksi yang tidak sepatutnya seperti mengenyitkan mata ataupun terus memarahi wanita itu yang mana akhirnya akan membuatkan dia kecil hati atau tersinggung."
(kisah 'Rasulullah dan buah limau' ini tidak sebenar2nya begini. Terdapat sedikit olahan pada gaya penceritaan dan dialog)
A.H.A
3 point yang boleh kita ambil sebagai iktibar daripada kisah Rasulullah saw ini ialah:
1) Akhlak baginda yang sentiasa mengutamakan kebajikan (di sini in term of perasaan) orang lain berbanding diri sendiri.
2) Baginda sentiasa melihat dakwah dalam setiap ruang dan peluang, menggunakan wasilah2 / method dakwah yang ada (di sini baginda menggunakan Dakwah bil hal / dakwah dengan tindakan).
3) Kuasa psikologi dan hati sangat dititikberatkan oleh Rasulullah saw dalam berdakwah kerana baginda tahu manusia itu boleh dikuasai dengan pengaruh ke atas minda dan hati.
wallahualam..Jom SEMARAKKAN CINTA KEPADA RASULULLAH SAW di dalam hati kita!
No comments:
Post a Comment