dekat 2 minit setengah juga kak long ni kat depan laptop. jari jemari tu kejap menaip beberapa perkataan, kejap padam semula. 2 biji bola mata dia dah hampir kehilangan titik hitam kat tengah tu (apa nama dia, tak ingat plak) gara2 terlalu lama menatap skrin laptopnya tanpa berkelip. dalam hati dia, merungut, "Asal xde idea ni??? macam aku tak pernah ade blog pulak before (dengan izin yang Dipertua) ni".
pandangan 2 biji matanya dengan lemah dialihkan ke luar tingkap. dilihatnya langsir bilik2 depannya semua dah berlabuh. "Ramai orang dah balik kampung. Ye lah, dah habis paper (dengan izin yang Dipertua) semalam..semua pakat balik cepat2. balik la, balik. tak kesah pun!" monolog kak long sambil memuncungkan mulut dan mengangkat sebelah kening (bajet macam ziana zain..cehh)
dia memandang semula ke laptopnya. jari jemarinya kaku seribu bahasa mandarin, arab, inggeris dan melayu. (bahasa2 kak long yang setakat ni telah dipelajari). dia masih mencari2 idea untuk memulakan penulisan blog 'baru'nya. baru lah sangat kan, blog yang sama jek sebenarnya cuma diperbaharui dengan template background (dengan izin yang Dipertua) yang dia bajet menarik dan font2 (dengan izin yang Dipertua) serta warna yang agak catchy. (dengan izin yang Dipertua). tajuk blog dan alamat pun dia bagi lain. kononnya lebih tak formal berbanding dulu. kononnya lah..
"adehh, penat pulak asyik tulis '(dengan izin yang Dipertua)' ni. sebab apa aku asyik tulis benda alah ni ek?haha..ni saja jek. kan itu gaya para pendebat bila berdebat..hehe.lagipun, semenjak ayah aku minat tonton cerita Osman Baku kat TV1 tu, dia asyik duk perli kata2 yang anak2 dia guna jek.rojak katanya..adehhh..layankan jek lah" monolog hati kak long.
A.H.A.
akhirnya, ini lah entri pertama aku.ehe.insya Allah aku akan cuba untuk istiqamah dalam penulisan blog. kali ni, aku target untuk menggunakan gaya bahasa yang lebih sesuai dan penulisan yang lebih betul ejaannya (ooppsss..jangan terasa.aha) just sebagai latihan untuk masa akan datang. masa akan datang? kau ada plan apa Qid? uhu..ada lah..ehe.okeh, tu jek setakat ni..adiosss..wassalam
mari menulis.ehe
dakwah bil lisan.. jgn lupa dakwah bil hal.
ReplyDeleteall the best! :-)